Doa dalam ayat ke-10, iaitu doa pemuda Ashabul Kahfi,
رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada kami daripada sisiMu, ya Allah dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”
(Al-Kahfi: 10)
- DOA SEBELUM KELUAR RUMAH:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Dalam hadis dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan keutamaan doa ini.
إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟
”Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah’, maka disampaikan kepadanya: ‘Kamu diberi petunjuk, kamu dicukupi kebutuhannya, dan kamu dilindungi.’ Seketika itu syaitan-syaitan pun menjauh darinya. Lalu salah satu syaitan berkata kepada temannya,’Bagaimana mungkin kalian bisa mengganggu orang yang telah diberi petunjuk, dicukupi, dan dilindungi.’ (HR. Abu Daud 5095, Turmidzi 3426, dan dishahihkan al-Albani)
- Barang siapa yang mengucapkannya, dia akan mendapat 3 perkara iaitu kamu mendapat perlindungan, petunjuk & kecukupan. Saat kita baca, syaitan kata tiada peluang untuk kita mengganggu dia kerana dia telah mendapat pelindungan daripada Allah SWT.
- Antara bentuk pelindungan juga ialah apabila merasa cukup dalam rumahtangga. Banyak godaan dari luar rumah yang dilihat lebih baik. Mohon perlindungan pada Allah. Keluar sahaja rumah, biasakan membaca doa ni.
- Apabila tidak melazimi zikrullah, kemungkinan kita akan terlupa untuk bergantung harap pada Allah. Lazimi menyebutkan kalimah ; لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ la hawla wala quwwata illah billah (Tiada daya dan upaya kecuali dengan bergantung harap kepada Allah).
- Janganlah apabila berada dalam waktu yang sukar, barulah lidah kita ringan berdoa kepada Allah.
Contoh situasi; Kita nak ke pejabat dalam keadaan tergesa-gesa. Tiba-tiba kereta ada masalah sehingga tak boleh start. Waktu itu baru nak berdoa, selawat. Maksudnya kita ini apabila berlaku sesuatu diluar kebiasaan, seperti datangnya ujian, tahap memerlukan Allah pada waktu itu lebih. Ketika itu, barulah datang rasa khusyuk untuk berdoa dan berharap pada Allah. Astaghfirullah.
- Hakikatnya, sifat bergantung kepada Allah perlu dalam setiap urusan dan setiap waktu. Sebab itu perlunya melazimi doa (sifat seorang hamba).
- Nak masuk ke dalam tandas, keluar tandas, tengok cermin semua perkara ada doa.
- Kenapa baginda SAW menyusun semua doa ini? Supaya kita sentiasa meminta kepada Allah.
Contoh; minyak kereta dah merah, waktu tu kita doa, selawat, istighfar pada Allah. Minta pada Allah.
- Bila urusan kita ‘smooth’ sahaja, kita terlupa bergantung pada Allah.
- Justeru, sebenarnya ujian ni lebih mendekatkan kita pada Allah.
- Beruntungnya kita bila selalu bergantung harap pada Allah dalam senang dan susah.
- Doa ini boleh dibaca walaupun tidak keluar rumah. Baca sebelum kita mula membuat sesuatu.
- Golongan yang akan masuk Syurga tanpa dihisab dan diazab adalah mereka yang selalu bertawakal kepada Allah.
- Apabila bangun tidur sahaja, lazimi membaca;
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ
”Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” (HR. Bukhari, hadis sahih)
- Kemudian baca;
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
La haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azhimi
Artinya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”
- IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-393: SIAPAKAH WALI ALLAH?
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيْذَنَّهُ (رواه البخاري)
Terjemah hadits qudsi:
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhya Allah ta’ala berfirman: Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.“ (Riwayat Bukhari).
- Sesiapa yang dia buat amalan fardhu, kemudian disusuli dengan amalan sunat, akan mendapat kasih Allah.
- Setiap yang wajib kita lakukan diikuti yang sunat, maka akan mendapat kasih dan redha Allah. Sebagai contoh, solat fardhu kita buat dan solat sunat pun kita buat. Bahkan, zakat (wajib) kita bayar dan kita juga bersedekah (sunat).
- Amalan sunat akan menyempurnakan yang fardhu. Dekatkan kita kepada Allah.
- Dikasihi manusia, dapat macam-macam. Dikasihi Allah. MashaAllah. Nikmat yang paling tinggi. Tiada bandingan dan tidak tergambar.
- Setiap pergerakan dalam taufik dan hidayah Allah SWT.
- Pandangan mata setiap orang berbeza-beza. Ada orang pandangan mata dia tajam. Dia nampak apa yang kita nampak. Ada orang nampak laut, dia tenang, luas, rasa macam nak mandi. Ada yang lihat laut dia nampak sebagai ciptaan Allah SWT. Memuji Allah dan tambah keimanan. Allahuakbar. Betapa besarnya kekuasaan Allah. Hebatnya Allah. Ada juga yang nampak petroleum. Batu karang. Macam-macam. Pandangan mata berbeza.
- Ada orang nampak orang miskin, dia nampak kemiskinan. Ada juga yang beritahu pada anak-anak, “Belajar rajin-rajin. Nak ke jadi miskin macam tu?” Nauzubillah. Ada juga yang nampak orang miskin, teringat hadis Nabi SAW berdoa;
Daripada Anas bin Malik RA berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِينًا وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ المَسَاكِينِ يَوْمَ القِيَامَةِ
Maksudnya: “Ya Allah! Hidupkanlah aku sebagai seorang yang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang yang miskin serta himpunkanlah aku bersama orang-orang yang miskin di hari Kiamat.”
(HR al-Tirmizi, hadis sahih)
- Sahabat baginda SAW ramai yang fakir dan miskin. Sebenarnya mereka dulu kaya banyak harta. Tetapi apabila ikut Nabi berhijrah ke Madinah, mereka dengan rela hati meninggalkan kebun-kebun, binatang ternakan dan perniagaan yang telah dimiliki sewaktu di Mekah. Jadi miskin sangat asbab hijrah ke kota orang lain. Mereka rasa rendah diri. Lalu ketika mereka mendengar doa Nabi SAW, mereka pelik. Kenapa baginda berdoa untuk menjadi miskin?
- Nabi menjelaskan dalam hadis lain, sesungguhnya ramai penghuni syurga terdiri daripada para fakir dan miskin. Dengan syarat, soleh dan beriman walaupun faqir dan miskin. Solat. Redha dengan kemiskinan. Ujian faqir miskin ni ujian yang berat. Tapi dia redha. dan syaratnya dia bukan orang yang malas berusaha mencari rezeki.
- Kalau miskin sebab malas, jangan mengaku ahli syurga. Malas sifat tercela maka berdosa.
- Orang yang berilmu, pandang sesuatu nampak lebih luas. Dengar sesuatu, maka kefahamannya akan lebih lagi.
Pengajaran Hadis:
– Bahaya membenci wali-wali Allah.
– Pelaksanaan ibadah fardhu lebih diutamakan berbanding ibadah sunat.
– Melazimkan diri dengan ibadah sunat lepas ibadah fardhu, boleh dapat kasih sayang Allah dan menjadi para waliNya.
– Hamba benar dan jujur dalam ibadah, Allah perkenankan doanya atau menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik samada didunia mahupun diakhirat.
Rujukan: Irsyad Fatwa: SIRI KE-393: SIAPAKAH WALI ALLAH?
Definisi Dan Pembahagian Wali Allah SWT
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, al-Wali dari sudut Bahasa bermaksud “dekat atau hampir”. Ia disebut “waliyyahu, walyan” iaitu hampir kepadanya. Dan “wali al-Amr”, apabila berurusan dengannya dan “Tawalla al-Amr” iaitu dilantik akan dia.
- Dari sudut istilah, al-Wilayah digunakan sebagai ketua yang tertinggi, qadi, tentera dan selainnya. Terdapat pelbagai maksud yang digunakan pada kalimah Wali atau Wilayah, ia juga memberi maksud sebagai wakil atau penjaga seperti yang diibaratkan sebagai wali di dalam nasab keturunan, wakil dalam pembahagian harta dan lain-lain lagi. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/135)
- Selain itu, pada maksud yang lain al-Wilayah berlawan dengan al-A’dawah, secara asalnya ia bermaksud kasih sayang dan hampir. Dan maksud al-A’dawah ialah kebencian dan jauh. (Lihat al-Furqan Baina Aulia’ al-Rahmah dan aulia’ al-Syaitan, hlm 9)
- Berkenaan istilah Wali Allah SWT, ia bermaksud golongan orang yang beriman dan mereka itu menerima perintah Allah SWT dengan penuh ketaatan dan menjauhi segala kemaksiatan. Dan mereka ini, dekat dan hampir kepada Allah SWT dengan penuh rasa kasih sayang, hidayah dan petunjuk. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 45/135-137)
- Ibnu Abi I’zz al-Hanafi mentakrifkan perkataan al-Wali kata lawannya al-A’du iaitu musuh, kata dasar daripada al-Wala’ iaitu dekat dan hampir. Wali Allah ialah golongan yang dekat dengan Allah SWT dan dipermudahkan urusannya serta di beri rasa kasih sayang ke atasnya. Mereka hampir dengan Allah SWT dengan keredhaan-Nya. (Lihat Syarah al-Tahawiyyah, 2/509)
- Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan mereka para wali Allah adalah golongan yang mendapat berita gembira pada kehidupan di dunia dengan mendapat pertolongan dan memperolehi petunjuk yang benar di dunia selagi mana mereka berlandaskan syariat Allah SWT di dalam kepercayaan mereka, mendiri solat, menunaikan zakat, menyeru kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran. (Lihat al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 2/987)
- Dengan ini, dapat difahamkan bahawa golongan para wali Allah merupakan golongan yang dekat dan hampir kepada Allah SWT berlandaskan keimanan dan ketakwaan dengan melakukan amalan berlandaskan syariat Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan mereka juga sentiasa dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kerana ketakwaan dan keimanan mereka.
- Secara umumnya, para ulama’ membahagikan golongan para wali ini kepada dua bahagian iaitu golongan yang digelar sebagai wali Allah serta golongan yang digelar sebagai wali Syaitan.
- Di dalam hal ini, Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah menyatakan di dalam kitabnya bahawa di antara wali Allah dan musuh Allah adalah mereka yang bersaksikan (mengikut) Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya ia wali Allah SWT iaitu wali al-Rahman. Dan sesiapa yang bersaksikan selain daripada itu maka ia adalah musuh Allah SWT iaitu dari golongan wali Syaitan. (Lihat al-Furqan baina Aulia’ al-Rahman dan Aulia’ al-Syaitan, hlm 3)
- Imam al-Syaukani menyatakan di dalam kitabnya, mereka yang dihitung sebagai wali Allah mestilah beriman kepada Allah SWT, malaikat-Nya, kitab yang diturunkan-Nya, para rasul dan takdir yang baik dan buruk seperti yang diperintah oleh Allah SWT. Meninggalkan apa yang dilarang serta memperbanyakkan ketaatan kepada Allah SWT maka mereka ini digelar sebagi wali Allah. Dan sesiapa yang bersikap sebaliknya maka mereka itu bukanlah daripada wali Allah, bukanlah tergolong di dalam naungan rahmaniah (rahmat Allah) bahkan mereka tergolong di dalam syaitaniah (tipu daya syaitan). (Lihat Qatr al-Wali ala Hadis al-Wali, 1/256)
GOLONGAN YANG DIGELAR WALI ALLAH
– Ciri-cirinya mereka menyempurnakan ibadah fardhu dan melazimi ibadah-ibadah sunat.
– Allah perkenankan doanya.
– Golongan yang hampir dengan Allah swt
– Ketua tertinggi.
– Golongan orang yang beriman, mendapat berita gembira didunia selagi berlandaskan syariat Islam ketika didunia.
– Umumnya: 2 bahagian: wali Allah dan wali syaitan.
1. WALI ALLAH
– Kita tak layak tapi kita kena berusaha jadi wali Allah.
– Sifatnya: Beriman kepada Allah, malaikat, kitab, nabi, hari kiamat dan qodo’ dan qadar.
– Jadi Mukmin: Ada Rukun Iman
– Jadi Muslim: Ada 5 rukun Islam. Syahadah, solat, puasa, zakat, haji,
– Umumnya: Mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Mengenali Allah serta melakukan ketaatan bersungguh-sungguh. Ikhlas dalam beribadah.
Wali Allah: Orang yang beriman kepada perintah Allah dan mengutamakan amal ibadah. Mengajak kebaikan, mencegah kemungkaran.
Wali Allah: Nak suruh buat kebaikan, ada cabarannya. Cabaran lebih berat bila cegah kemungkaran. Orang yang mencegah kemungkaran, dia sebenarnya sedang menambah musuh. Orang yang sedang buat kemungkaran, dalam keadaan marah, benci, bahaya dendam dia. Contohnya berkaitan hukum yang jelas, menari, berjoget, dihadapan umum, hukumnya berdosa besar. Haram.
Mazhab Syafie: Harus jika bukan menari di hadapan lelaki selain suami. Boleh jadi makruh dan haram bergantung pada situasinya. Menari boleh, syarat tidak dipertontonkan. Tak perlu pengiktirafan. Tetap jaga kemuliaan, jaga maruah. Lelaki tetap haram kalau liuk lentok, pakaian ketat. Tarian waktu baginda dan Saidatina Aisyah lihat, tarian pedang. Lawan pedang. Tidak melibatkan perkara mungkar.
- Hobi tiada masalah, dengan syarat menjaga apa yang Islam gariskan. Memancing boleh. Tak dapat ikan tetapi dapat zikir dan selawat. Selitkan amal kebaikan dalam hobi tu lebih indah.
- Ujian pendakwah: Bukan hanya akan ditanya hal keluarganya tetapi juga tentang ummah. Ujian juga apabila orang cari kesilapan pendakwah.
- Tiada siapa yang dapat menetapkan siapa wali Allah. Tidak haram pula memuliakan orang yang pada dirinya ada ciri-ciri iman. Jadikan sebagai motivasi pada diri.
Kesimpulan: Wali Allah adalah mereka yang menyempurnakan amalan fardhu dan melazimi amalan sunat. Wakil Allah dalam menyeru kepada kebaikan, cegah kemungkaran. Doanya makbul. Hidup dapat perlindungan dari Allah swt.
2. WALI SYAITAN
– Orang yang menyuburkan maksiat.
– Dikeluarkan dari cahaya kebenaran.
– Pengikut/wakil syaitan dan jadikan syaitan pemimpin mereka.
– Jadi ikutan keburukan.
– Al-Baqarah, ayat 257.
– Al-A’raf, ayat 30: Mereka menjadikan syaitan itu pemimpin.
– Menjadikan syaitan penolong-penolongnya. Dia membantu atau menyuburkan kemungkaran/maksiat. Dia jadi contoh kepada keburukan.