Skip to main content
MOTIVASI & INSPIRASI

MANUSIA YANG IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN | KISAH PENGALAMAN SEORANG PAKAR FORENSIK BERDEPAN KEMATIAN YANG BURUK | BERKATNYA HIDUP APABILA TERJAGA 2 NIKMAT INI

By 13 February 2023May 18th, 2023No Comments

☘️Bersyukur kerana masih diberikan nikmat hidup, nikmat nyawa. Ramai yang telah kehilangan ini. Allah meneruskan kehidupan sampai saat ini, diberikan nikmat iman, nikmat islam, inilah nikmat yang tidak terhitung.

☘️Berapa ramai yang tidak hidup dengan kehidupan Muslim, tidak menutup aurat, tidak solat dan sebagainya. Tidak semuanya Allah pilih untuk diberikan iman dan kenikmatan menikmati majlis ilmu. .

☘️Allah juga boleh takdirkan datangnya sesuatu ujian secara tiba-tiba.

☘️Jika dihitung ujian demi ujian pada saat ini, nikmat sihat adalah antara nikmat yang paling besar yang Allah berikan.

☘️Nikmat sihat adalah nikmat yang paling banyak dilalaikan oleh manusia

☘️ Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam, Kita jadi kuat dan yakin setiap apa yang Allah tetapkan adalah berhikmah. Sebagaimana firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

Maksudnya: “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Baqarah: 216)

☘️Boleh jadi apa yang kamu rasa kecewa derita sakit, ia sangat baik bagi kamu. Kamu perlu bertahan sabar, Allah akan tunjukkan hikmahNya.

☘️Allah akan gantikan dengan yang lebih baik apa yang kamu hilang dan kamu redha.

☘️Allah akan berikan kelapangan setelah kesempitan apabila kamu sabar.

☘️Allah akan berikan kamu kegembiraan setelah kesedihan apabila kamu redha.

☘️Saat ujian adalah Kita perlu hidup dalam Dunia sedar. Kena sedar bahawa saat itu Allah sedang menguji Kita adakah Kita mampu jadi hambaNya yang bersyukur. Mampu lagi mata melihat nikmat, mampu lagi menghitung rahmat Allah.

☘️Tidak semua perkara yang berlaku dalam kehidupan ini mengikut apa yang diinginkan. Boleh jadi sesuatu yang tidak disukai itu adalah yang terbaik.

☘️Sabar adalah melakukan sesuatu tindakan daripada kerosakan/kemusnahan mengikut syariat.

☘️Diam itu satu daripada tindakan sabar. Adakala perlu diam untuk sabar, adakala sabar perlu dengan tindakan.

☘️Contoh: seseorang difitnah akan tetapi dia memilih untuk diam atau ketika dia difitnah, maka tindakan saman malu yang dilakukan untuk membela diri.

☘️Hilangnya sabar adalah apabila seseorang membalas dengan tindakan yang buruk.

☘️Sabar adalah bentuk keimanan kepada Allah. Iaitu dengan mempercayai akan janji Allah, percaya wujudnya alam ghaib dan lain-lain.

☘️DOA KEIMANAN:

اَللَّهُمَّ اَحْيِنَا بِاْلإِيْمَــانِ, وّاّمِتْنّا بِاْلإِيْمَـــانِ, وَاحْشُرْنَا بِاْلإِيْمَـــانِ وَاَدْخِلْنَا اْلجَنَّةَ مَعَ اْلإِيْمَانِ

Maksudnya : Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami di Mahsyar dengan iman dan ‎masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, ‎wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihi.‎

☘️Di mahsyar, kita tidak tahu dimanakan kedudukan kita. Adakah dibangkitkan dalam kalangan mereka yang sombong?

☘️Manusia yang sombong adalah mereka yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.

☘️Hitunglah berapa banyak yang telah Allah beri. Antaranya diberikan nikmat sihat, nikmat jiran yang baik, nikmat pergi belajar, nikmat melihat, nikmat bernafas, nikmat menghidu dan sebagainya.

☘️Jika kita merasakan semua nikmat itu adalah daripada ibu ayah, dengan sekelip mata Allah boleh ambil nikmat-nikmat yang diberi pinjaman ini.

☘️Manusia adalah pengantaraan. Semua nikmat adalah datang daripada Allah.

☘️Tidak ada sombong melebihi sombongnya manusia dengan nikmat yang telah Allah beri.

☘️Daripada Abdullah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ وَلَا يَدْخُلُ النَّارَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ

Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan (walau sebesar) biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan (walau sebesar) biji sawi.”

(HR Ibnu Majah, hadis sahih)

☘️Walaupun di zahir tidak mengatakan aku tidak mahu mentaati perintah Allah, tetapi tindakan memberontak dengan tidak memakai tudung, tidak mahu solat itu adalah bentuk sombong kepada Allah.

☘️Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

☘️CEPATNYA MASA BERLALU

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، فَتَكُونُ السَّنَةُ كَالشَّهْرِ، وَالشَّهْرُ كَالْجُمُعَةِ، وَتَكُونُ الْجُمُعَةُ كَالْيَوْمِ، وَيَكُونُ الْيَوْمُ كَالسَّاعَةِ، وَتَكُونُ السَّاعَةُ كَالضَّرَمَةِ بِالنَّارِ

Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.”

(HR al-Tirmizi, hadis sahih)

☘️“SIAPA YANG HIDUP DIATUR DENGAN KEHIDUPAN DUNIA, TAKUT MATI DALAM KEDUNIAAN”

☘️Perlu mujahadah (bersungguh-sungguh) dalam melakukan amal kebaikan

☘️AMALAN SEDIKIT TAPI BERTERUSAN

Daripada Saidatina Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

☘️Siapa yang tidak mencari alasan untuk melakukan amal soleh, kita lihat masa dan kehidupan nya diberkati. masanya berlalu dengan perlahan. Masa akan diberkati oleh Allah SWT.

☘️Tanda-tanda hidup hilang barakah, masa dan nyawa kita terasa tiada apa-apa. Sehingga apabila melambatkan solat dan tidak sempat membaca Al-Quran pun tidak rasa apa-apa.

Close Menu