Skip to main content

Jika dilihat indah pepatah yang ditulis, indah lagi jika dikenang para Guru yang terlalu banyak jasanya pada kita semua, SubhanAllah.

Guru bukanlah sekadar insan yang mengajar kita di sekolah bahkan sesiapa sahaja yang mengajar, mendidik, membawa diri dekat kepada sesuatu kebaikan, mereka juga tegap digelar seorang Guru buat kita. Tanpa guru, mustahil kita mengenal ABC, tanpa guru mustahil kita mengenal dunia, tanpa guru, mustahil kita mengenal siapa pencipta. Allahu Akbar.

Sahabat, mulianya guru tidak hanya di dunia, bahkan saat mereka pergi menghadap Ilahi, pahala akan sentiasa mengalir tanpa henti walaupun tubuh sudah kaku di perut bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

وإِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

(HR Muslim, Hadis Sahih)

SubhanAllah, di kesempatan Hari Guru ini, mari sama-sama kita raikan guru-guru kita dengan doa khusus dan ucapan terima kasih buat mereka, semoga asbab daripada ini, kita semua akan bersama-sama berkumpul di dalam Syurga Firdaus tanpa hisab kelak. Allahumma ameen.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik

‘GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA’

Asma’ binti Harun

Close Menu