Ketika kita menerima jemputan untuk hadir ke rumah terbuka seseorang, janganlah sekadar datang bersalaman, makan kemudian pulang. Tetapi amat digalakkan bagi tetamu untuk mendoakan tuan rumah di atas kebaikan mereka memberi makan kepada kita.
Nabi juga pernah mendoakan buat sahabat yang memberikan makanan dan minuman kepada baginda SAW.
Daripada Busr bin abi Busr r.a., beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ فَذَكَرُوا وَطْبَةً وَطَعَامًا وَشَرَابًا فَكَانَ يَأْكُلُ التَّمْرَ وَيَضَعُ النَّوَى عَلَى ظَهْرِ أُصْبُعَيْهِ ثُمَّ يَرْمِي بِهِ ثُمَّ قَامَ فَرَكِبَ بَغْلَةً لَهُ بَيْضَاءَ فَأَخَذْتُ بِلِجَامِهَا فَقُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ لَنَا فَقَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ
Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah singgah di suatu tempat, maka para sahabat pun menyiapkan Wathbah (tempat air susu yang terbuat dari kulit), makanan dan minuman. Kemudian Rasulullah SAW makan kurma lalu meletakkan bijinya di atas kedua jarinya dan melemparnya. Setelah itu, beliau bangun dan menaiki bighal miliknya yang bernama putih, aku lalu memegang talinya dan berkata, “Wahai Nabi Allah, berdoalah untuk kami!” Maka baginda pun berdoa, Ya Allah, berkahilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka, ampunilah mereka dan sayangilah mereka”.
(HR Ahmad, hadis sahih)
SubhanAllah, Allahu Akbar
Sahabat, melafazkan doa dalam bahasa arab bukanlah syarat agar doa diterima. Justeru itu, jika seseorang ingin membaca doa dalam apa jua bahasa insyaAllah akan diterima kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Lebih baik berdoa dalam keadaan kita faham dan sedar akan doa yang dibacakan berbanding lafaz yang keluar hanya sekadar di hujung kerongkong tanpa dihayati sedikitpun.
Semoga dengan kita saling mendoakan dan membuat kebaikan terhadap sesama muslim, Allah SWT merahmati persaudaraan ini lalu menghimpunkan kita semua di dalam Syurga Firdaus tanpa hisab, tanpa azab.
Asma’ binti Harun