Skip to main content

SubhanAllah, besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan. Namun, untuk istiqamah perlu kepada hidayah dan bimbingan daripada Allah SWT.

Oleh itu, mari kita amalkan doa-doa berikut agar diberi taufiq dan hidayah oleh Allah supaya dapat istiqomah dengan kebaikan, insyaAllah.

1. DOA AGAR DIBERI KEIMANAN YANG LURUS

Daripada Syahru bin Hausyab, beliau berkata:

قُلْتُ لِأُمِّ سَلَمَةَ:يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ قَالَتْ كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ دُعَاءَكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَ يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلَّا وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ

Maksudnya: “Aku katakan kepada Ummu Salamah; “Wahai Ummul Mukminin, apakah doa yang sering dibaca Rasulullah SAW apabila baginda bersamamu? Beliau berkata, “Doa beliau yang paling banyak adalah, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Ummu Salamah berkata, “Wahai Rasulullah, berapa kerapa anda berdoa, “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu?”

Baginda berkata, “Wahai Ummu Salamah, sesungguhnya tidak ada seorang manusia pun melainkan hatinya berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah. Siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan meluruskannya dan siapa yang Allah kehendaki maka Dia akan memalingkannya.”

(HR Tirmizi, hadis hasan)

2. DOA MEMBIMBING HATI SUPAYA TAAT

إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ.”‏ ‏ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏”‏اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ.”

Maksudnya: “Sesungguhnya hati-hati manusia semuanya berada di antara dua jari dari sekian jari Allah yang Maha Pemurah seperti satu hati yang mana Allah akan memalingkannya menurut kehendak-Nya.”

Setelah itu Rasulullah pun berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami dalam ketaatan kepada-Mu.”

(HR Muslim, hadis sahih)

3. DOA SUPAYA DITETAPKAN HIDAYAH

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat di sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”

(Surah Ali-Imran: 8 )

4. DOA AGAR ALLAH MEMBANTU KITA UNTUK BERIBADAH

Daripada Mu’adz r.a., bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya dan baginda berkata, “Wahai Mu’adz, demi Allah, aku mencintaimu.”

Lalu baginda berkata, “Aku wasiatkan kepadamu, wahai Mu’adz, janganlah engkau sekali-kali meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah dengan baik kepada-Mu.

(HR Abu Daud, hadis sahih)

Sahabat, kita cuba usahakan untuk hafal dan beramal dengan doa-doa ini, mudah-mudahan kita dipilih untuk menjadi hambaNya yang istiqomah dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus yang indah, Allahumma ameen.

Close Menu