Skip to main content

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri Baginda, Ummu Salamah ketika keluar daripada rumah. Mari sama-sama kita jadikan amalan.

Daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah, nama sebenarnya ialah Hindun binti Abu Umayyah, Huzaifah al-Makhzumiyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW apabila keluar dari rumahnya, baginda membaca:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ

Maksudnya : “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, dari tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, berbuat aniaya atau dianiayakan, bertindak bodoh atau dianggap bodoh oleh orang lain atas diriku.”

(HR Tirmidzi, hasan sahih)

Satu doa yang sangat baik untuk diamalkan agar ahli keluarga kita tidak tergelincir melakukan perkara maksiat atau terdedah kepada bahaya, kerana Allah Ya Wali yang Maha Melindungi akan memelihara mereka, insyaAllah.

SubhanAllah, Allahu Akbar

Setiap hari sebelum keluar beli barang dapur, kerja mencari nafkah, makan angin atau apa sahaja urusan di luar rumah, bacalah doa ini mudah-mudahan kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat beramal.

Close Menu