Skip to main content

Doa ini boleh juga dibacakan ketika meminum air kosong sekiranya tiada air zam zam, jadikan ia amalan harian. InsyaAllah besar sangat manfaatnya

Apabila Ibnu Abbas meminum air zamzam, beliau akan berdoa:

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”

(Riwayat al-Hakim, sahih)

Doa ini juga boleh dibaca dengan lafaz berikut:

اَللَّهُمَّ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْر بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu supaya dikurniakan:

1. Ilmu yang memberi manfaat

2. Rezeki yang luas

3. Kesembuhan daripada segala penyakit

4. Perniagaan yang tidak rugi

“Dengan rahmat-Mu, Ya Allah Yang Maha Pemberi Rahmat.”

Mari sama-sama kita berusaha untuk amalkan doa ini. Semoga kita direzekikan dengan apa yang telah disebutkan di dalam doa di atas.

Allahumma ameen.

Close Menu