Skip to main content

Bulan-bulan dalam Islam terdapat dua belas dan padanya terdapat empat bulan utama yang mulia juga dihormati di antara semua bulan yang disebut sebagai “Arba’ata hurum” sebagaimana dalam firman Allah SWT:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”

[Surah al-Taubah 9: Ayat 36]

Jika bulan Rejab bersejarah dengan kejadian Israk Mikraj, bulan Ramadan diberkati dengan kehadiran Lailatul Qadr, maka di antara dua bulan tersebut iaitu bulan Syaaban, tidak kurang mulianya yang dihiasi dengan adanya Nisfu Syaaban, malamnya dimustajabkan doa.

Imam Syafi’i menjelaskan dalam kitab al-Umm:

بَلَغَنَا أَنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ: لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى، وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

Maksudnya: Telah sampai kepada kami, bahawa doa yang dimustajabkan (diterima oleh Allah) ialah doa pada lima malam:

1. Malam Jumaat

2. Malam hari Raya Aidiladha

3. Malam hari Raya Aidilfitri

4. Malam awal bulan Rejab

5. Malam Nisfu Syaaban

Subhanallah. Malam ni, ada dua malam yang Allah hadiahkan pada kita iaitu malam Jumaat dan Nisfu Syaaban.

KEUTAMAAN MALAM NISFU SYA’BAN

Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Menurut sebuah hadis daripada Mu’az bin Jabal r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.

[HR Ibnu Hibban, hadis sahih]

Sahabat, mari sama-sama kita merebut hadiah dan peluang yang Allah kurniakan ini dengan perbanyakkan berdoa kepada-Nya .

Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu.”

[Surah Ghafir 40: Ayat 60]

Sebagai penutup, suka untuk saya kongsikan petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.

فَقُمْ لَيْلَةَ النِّصْفِ الشَّرِيفِ مُصَلِّيًا * * * فَأَشْرَفُ هَذَا الشَّهْرُ لَيْلَةُ نِصْفِهِ

Maksudnya: “Maka bangunkan malam Nisfu Syaaban dengan mendirikan solat * Semulia-mulia bulan Syaaban ini terletak pada malam pertengahannya.”

فَكَمْ مِنْ فَتَى قَدْ بَاتَ فِي النِّصْفِ آمِنًا * * * وَ قَدْ نُسِخَتْ فِيهِ صَحِيفَةُ حِتْفِهِ

Maksudnya: “Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman * Sedangkan telah ditulis tentang keburukan baginya dalam catatan.”

فَبَادِرْ بِفِعْلِ الْخَيْرِ قَبْلَ اِنْقِضَائِهِ * * *وَحَاذِرْ هُجُومَ الْمَوْتِ فِيهِ بِصَرْفِهِ

Maksudnya: “Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya * Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaan-Nya.”

Semoga bermanfaat buat ummah

Asma’ binti Harun

Close Menu