Marilah sama-sama kita amalkan doa ini supaya Allah kurniakan 4 perkara yang amat kita perlukan dalam hidup iaitu:
1. Petunjuk
2. Ketaqwaan
3. Dipelihara maruah diri oleh Allah
4. Kekayaan jiwa dan harta
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hidayah, ketaqwaan, terjaga kehormatan, dan kekayaan.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Tuan Puan,
Kita sangat perlukan petunjuk Allah SWT untuk menjadi hamba yang soleh dan insan yang baik, maka akan terbinalah ketaqwaan yang tinggi kepadaNya.
Kita meminta pada Allah supaya diselamatkan daripada melakukan perkara yang menjemput murka Allah dan memelihara diri daripada menjatuhkan maruah.
Kita memohon kepada Allah supaya diberi kekayaan, yang lebih utama ialah kaya jiwa untuk membentuk akhlak yang baik, kemudian kaya harta supaya kita dapat membantu mereka yang memerlukan.
Selamat beramal, semoga kita menjadi hambaNya yang diredhai dan dirahmati. Allahumma ameen.
Asma’ binti Harun