Skip to main content

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan.”

Kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai, Ampang yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang semalam telah menyebabkan dua buah rumah serta 10 buah kenderaan tertimbus manakala 15 kediaman di kawasan perumahan tersebut mengalami kerosakan.

Allahu Akbar.

Setakat ini, seramai lima mangsa yang disyaki tertimbus dalam kejadian tersebut. Tiga daripadanya berjaya ditemui namun hanya seorang sahaja yang terselamat manakala dua mangsa lagi masih dalam proses pencarian dan penyelamat.

Didoakan agar Allah kurniakan kekuatan serta permudahkan segala urusan buat anggota penyelamat dan semua mangsa yang terkesan akibat tanah runtuh ini.

Sungguh, dalam keadaan getir dan sukar ini, mari sama-sama kita panjatkan doa dan bermunajat memohon rahmat serta pertolongan daripada Allah SWT.

DOA MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, Baginda membaca:

يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan.”

(HR Tirmizi, hadis hasan)

DOA SAAT KESULITAN

Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan, Baginda membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.”

(HR Muslim, hadis sahih)

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN AKIBAT MUSIBAH YANG BERLAKU

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَحْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِالْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِالْأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari susahnya bala (bencana), tertimpa kesengsaraan, keburukan qada (takdir) dan kegembiraan para musuh.”

(HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Allahumma Ameen.

جزاكم الله خيرا

ASMA’ BINTI HARUN

Close Menu