DOA YANG DIANJURKAN RASULULLAH SAW SEBELUM TIDUR.
Daripada al- Bara’ bin Azib r.a., Rasulullah SAW bersabda:
:يَا فُلَانُ، إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَقُلْ
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.
فَإِنَّكَ إِنْ مُتَّ فِي لَيْلَتِكَ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ، وَإِنْ أَصْبَحْتَ أَصَبْتَ أَجْرًا.
Maksudnya: Wahai fulan, jika engkau hendak tidur di tempat tidurmu, maka panjatkanlah doa:
“Ya Allah, Aku menyerahkan jiwaku, diriku kepada-Mu, aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku menyerahkan bulat-bulat urusanku kepada-Mu, aku menempatkan belakangku kepada-Mu kerana senang dan takut kepada-Mu dan tiada tempat berlindung keselamatan daripada-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang diturunkan-Mu dan aku beriman dengan yakin nabi-Mu yang diutuskan-Mu.”
Jika engkau meninggal dunia pada malam itu, maka engkau akan mati dalam keadaan fitrah dan jika engkau masih hidup sampai pagi harinya, maka engkau peroleh pahala.
(HR al-Bukhari, hadis sahih)
Mari sama-sama kita amalkan doa ini. Jadikan ia sebagai kata-kata terakhir sebelum kita tidur.
Semoga dengan beramal doa yang diajarkan nabi ini, kita direzekikan untuk meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Allahumma aameen
Asma’ binti Harun