Skip to main content

Saat bertubi-tubi ujian menyinggahi lapangan kehidupan kita, tiap kali itu juga terus besarkan jiwa dan yakinlah dengan hikmah disebalik aturanNya.

Manusia itu tidak akan terlepas daripada ujian. Ujian adalah cara Allah menzahirkan kasih sayang dan perhatianNya.

Sahabat,

Usah tewas dalam medan ujian. Jika kita hayati hikmah disebaliknya, hakikatnya Allah ingin berikan syurga asbab dari keredhaan kita menerima takdir-Nya.

Seorang ulama sufi, Imam Harith al-Muhasibi pernah berkata,

“Jangan rasa diri itu hebat pada waktu senang. Sedangkan emas itu disahkan ketulenannya dengan api. Begitu juga seorang hamba soleh yang diuji dengan musibah.”

Sahabatku, ayuh segera bangkit. Jika jatuh kerana manusia, maka bangkitlah kerana-Nya. Yakinlah dengan bantuan Allah, semoga dengan kebangkitan dan keyakinan itu, menjadi asbab Allah meniupkan kembali semangat untuk teruskan berjuang dan mendapat rahmat kasih sayang-Nya.

Allahuma Ameen

Asma’ binti Harun

Close Menu