Skip to main content

SUNGGUH INDAH ๐Ÿ˜ƒ. Dua tiga hari ini akhbar tempatan banyak buat liputan tentang usaha sebuah masjid di Melaka. Mereka anjurkan program untuk tarik anak muda datang solat subuh berjemaah di masjid. Bagi siapa yang berjaya istiqamah, akan dapat ganjarannya. Subhanallah.

Pada saat kita sedang berdepan dengan cabaran yang hebat untuk mendidik anak muda, dengan pengaruh media sosial dan sebagainya, usaha kreatif masjid ini sangat wajar dipuji. Malah, ia akan menjadi satu suntikan semangat buat anak-anak ini terus istiqamah.

Teringat kepada sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุฃูŽุซู’ู‚ูŽู„ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู…ูู†ูŽุงููู‚ููŠู†ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูุŒ ูˆูŽุตูŽู„ูŽุงุฉู ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑูุŒ ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ูููŠู‡ูู…ูŽุง ู„ูŽุฃูŽุชูŽูˆู’ู‡ูู…ูŽุง ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุญูŽุจู’ูˆู‹ุง

Maksudnya: โ€œSeseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.โ€

(HR Muslim, hadis sahih)

Mujahadah bangun solat subuh berjemaah di masjid memang sesuatu yang mencabar bukan hanya pada kanak-kanak tetapi juga bagi orang dewasa. Namun, jika mula dididik dari awal, mungkin dengan berikan pujian, atau ganjaran sekadar untuk membina semangat, mudah-mudahan ia akan menjadi tabiat sehingga mereka dewasa.

Dalam sebuah hadis yang lain pula baginda SAW ada menyebutkan:

Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู’ุนูุดูŽุงุกูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ููŽูƒูŽุฃูŽู†ูŽู‘ู…ูŽุง ู‚ูŽุงู…ูŽ ู†ูุตู’ููŽ ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ุตูู‘ุจู’ุญูŽ ูููŠ ุฌูŽู…ูŽุงุนูŽุฉู ููŽูƒูŽุฃูŽู†ูŽู‘ู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ูŠู’ู„ูŽ ูƒูู„ูŽู‘ู‡ู

Maksudnya: โ€œSesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.โ€

(HR Muslim, hadis sahih)

Daripada datuk Amru bin Syuaib, Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูุฑููˆุง ุฃูŽูˆู’ู„ุงุฏูŽูƒูู…ู’ ุจูุงู„ุตูŽู‘ู„ุงุฉู ูˆูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกู ุณูŽุจู’ุนู ุณูู†ููŠู†ูŽ ุŒ ูˆูŽุงุถู’ุฑูุจููˆู‡ูู…ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกู ุนูŽุดู’ุฑู ุŒ ูˆูŽููŽุฑูู‘ู‚ููˆุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ู’ู…ูŽุถูŽุงุฌูุนู

Maksudnya: โ€œPerintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.โ€

(HR Abu Daud, hadis hasan sahih)

Subhanallah, kita doakan mudah-mudahan semakin banyak masjid dapat mengusahakan sesuatu yang seumpama ini untuk menanam kecintaan masyarakat kepada masjid. Allahumma ameen. ๐Ÿคฒ

DOA AGAR ZURIAT KETURUNAN RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

ุฑูŽุจูู‘ ูฑุฌุนูŽู„ู†ูู‰ ู…ูู‚ููŠู…ูŽ ูฑู„ุตูŽู‘ู„ูŽูˆุฉู ูˆูŽู…ูู† ุฐูุฑูู‘ูŠูŽู‘ุชูู‰ ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ูˆูŽุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ ุฏูุนูŽุขุกู

Maksudnya: โ€œWahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonankuโ€.

(Surah Ibrahim: Ayat 40)

Moga bermanfaat buat semua. ๐ŸŒน

Asmaโ€™ Binti Harun

Close Menu