Skip to main content

SAAT SUKA ATAU DUKA, TAK PERNAH TINGGALKAN KITA. Fitrah manusia, kita sentiasa merasakan Allah menjauh ketika menerima dugaan, Allah mendekat saat menerima nikmat. Hakikatnya, Dia sentiasa memayungi kita dengan keampunan dan rahmat.

Allah Ya Wadud tidak memilih kasih, bahkan sentiasa bersama yang beramal soleh atau pendosa yang merasakan dirinya tersisih, selagi di dalam hati ada cahaya iman yang bersih.

Firman Allah SWT:

‎وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)

Sungguh, dugaan itu diberi supaya kita kembali kepada-Nya, nikmat dikurnia supaya timbul rasa syukur yang berganda, semuanya kerana kasih dan cinta Allah Ta’ala.

Sangka baik kepada Dia, InsyaAllah hidup bahagia.

Asma’ binti Harun

Close Menu