Bercita-cita tinggi yang baik ialah satu kemestian, kerana apabila tercapai impian tersebut, banyak yang boleh dimanfaatkan untuk jalan dakwah yang Allah SWT redhai.
Tak perlu takut atau merasakan terlalu bersedih apabila diuji dengan kegagalan, pandanglah kegagalan sebagai satu bentuk motivasi serta anak tangga yang membawa kita kepada kejayaan.
Jadilah seperti anak kecil dalam berimpian. Sebanyak mana pun orang melarang, mereka tetap usaha dapatkan apa yang diinginkan, kerana di dalam fikiran mereka tidak fikir masalah atau apa orang katakan.
Iya, kita mungkin akan gagal di tengah jalan, tapi anggaplah itu sebagai alamat kita semakin dekat untuk mencapai impian. Banyakkan berdoa kepada Allah, kerana semuanya terletak di atas keizinanNya jua.
Terus usaha, semoga berjaya.
Asma’ binti Harun