Kebiasaan orang selalu pesan supaya ingat pada mati agar kita lebih serius menjalani hidup kita di bumi. Namun, kadang pesanan itu gagal kita hayati untuk betul² diteladani.
Tuan Puan,
Apakah pentingnya sentiasa mengingati mati? Supaya kita sedar bahawa keluarga, harta, jawatan dan segala yang kita miliki akan TINGGALKAN KITA kecuali AMAL SOLEH.
Semua tahu yang kita akan mati tetapi sedikit yang bersedia menghadapinya. Kita risau bahawa bekalan masih belum mencukupi tetapi apakah usaha kita untuk perjuangkan amal kebajikan kita?
Disebabkan terleka kita masih sibuk berkata tentang orang, mencari kesalahan, berhibur berlebihan sedangkan timbangan amal kita belum tentu cukup untuk melayakkan kita ke Syurga.
Firman Allah SWT:
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya…”
(Surah Ali-Imran 3: Ayat 185)
Sahabat, ajal semakin menghampiri, apakah kita sudah bersedia untuk diadili?
Semoga Syurga buat kita, Allahumma ameen.
Asma’binti Harun