Cintailah kebaikan kerana Allah, bukan kerana manusia.
Mudahan kita layak meraih cinta-Nya.
Tetap terus lakukan kebaikan walau tidak dihargai, bahkan mungkin akan disakiti. Yakin dan percaya lah, hanya Allah SWT yang akan memberi balasan di setiap kebaikan.
Bertahanlah Demi Allah Yang Maha Baik, Dialah Yang Maha melihat segalanya, mencatat walau sekecil kebaikan, memberi ganjaran dan menghargai dengan sehalusnya. Moga kuat bertahan berjuang kerana redha dan Syurga-Nya.
Firman Allah SWT:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ (٧) وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ (٨)
Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (7) Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.( 8)
(Surah al-Zalzalah: Ayat 7-8)
Sahabat, semoga kita terus mencintai dan istiqamah dalam melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah dan Rasulullah SAW, agar dapat menikmati Syurga Firdaus yang didambakan. Allahumma Ameen.
Asma’ binti Harun