Ringan lidah mengucapkan kalimah ‘sabar’, namun pasti yang memikul lebih terasa bebannya. Bukan kerana tak bersyukur, namun keterbatasan sebagai manusia terkadang membuatkan kita tewas.
Usah bersedih terlalu lama, dongak semula ke atas setelah beberapa ketika tertunduk ke bawah dek lelahnya ujian. Sungguh, masih banyak kewajipan yang perlu kita tunaikan untuk diri dan keluarga.
Maka lapangkan dada, luaskan redha, InsyaAllah ketemu bahagia yang didamba. Bila rasa putus asa mula memenuhi jiwa, jangan membentak pada takdir Allah kerana bimbang kita diusir daripada rahmatNya.
Firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi:
مَنْ لَمْ يَرْضَ بِقَضَائِيْ وَيَصْبِرْ عَلَى بَلَائِي فَلْيَلْتَمِسْ رَبًّا سِوَايَ
Maksudnya: “Siapa tidak redha terhadap kepastian qadaKu, dan tidak bersabar atas ujianKu, maka carilah Tuhan selain Aku.”
(HR Tabrani)
Terus tenang dan redha, sekalipun sukar dan sesakkan dada. InsyaAllah bahagia.
Asma’ binti Harun