Skip to main content

Sunnah Rumahtangga Siri 3

Sunnah 03

Suatu hari, al-Aswad RA bertanya kepada Aisyah RA tentang apa yang dilakukan Rasulullah SAW jika baginda berada di rumah. Aisyah RA menjawab:

كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat.”

(HR al-Bukhari)

 

Begitulah contoh akhlak dan sunnah yang ditunjukkan baginda sebagai seorang suami yang sentiasa membantu kerja-kerja rumah.

Mari sahabat semua, kita manfaatkan masa dan peluang yang ada membantu pasangan dalam menguruskan rumahtangga kerana disitulah tercetusnya kebahagiaan dan erti sebenar ‘Rumahku Syurgaku’.

Bersatulah dalam melaksanakan tanggungjawab ini bersama. Semoga pasangan kita menjadi penyejuk hati dan mencapai target keluarga SAKINAH, MAWADDAH, WA RAHMAH.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

(Surah Furqan : 74)

 

Ustazah Asma’ binti Harun

#1Hari1Sunnah

#UAHSahabatDuniaAkhirat

 

Close Menu